INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Jumlah penduduk di Kampung Pasir Gajah adalah seramai 2354 orang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakkan penduduk di Kampung Pasir Gajah bekerja sendiri, kakitangan kerajaan dan juga swasta. Antara contoh bekerja sendiri adalah seperti kimpalan, pertanian, menghasilkan produk makanan serta menjahit.

Kampung Pasir Gajah meliputi kawasan seluas 1,387 di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya daripada Bandar Cukai ialah 15.5km. Kampung ini terdiri daripada 5 gugusan kampung lain :
• Kg Hilir
• Kg Tanah Lot
• Kg Hulu
• Kg Laut
• Kg Batu 10

Rekreasi Dan Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

RUMAH JAMBI



Reka bentuk unik Rumah Jambi yang berbumbung limas bungkus dan bertanduk kerbau kerana menerapkan unsur tradisi binaan Jambi, Sumatera, membuatkan rumah yang terletak di Kampung Laut, Pasir Gajah, Air Putih ini menjadi salah satu tinggalan sejarah yang sangat berharga buat daerah ini.

Berikutan keistimewaan itu, Rumah Jambi yang kini mencecah usia 78 tahun bukan sahaja menjadi tempat wajib dikunjungi pelancong yang singgah di Kemaman, malah ia juga menjadi tarikan buat pengkaji sejarah. Bangunan indah ini dikatakan dibina anak raja Jambi, Sumatera, Engku Mahmud Tengku Abu Bakar yang melarikan diri ke Tanah Melayu bersama pengikutnya apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914.

Pelayaran mereka mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air, sebelum Engku Mahmud yang juga seorang tokoh agama terkenal menerokai dan membuka Kampung Pasir Gajah. Difahamkan Rumah Jambi mula dibina pada 1933 sebelum siap sepenuhnya pada 1937, yang mana struktur binaannya dibina di atas tapak tinggi di tebing sungai bagi mengelak ditenggelami air.



Binaan rumahnya yang tinggi dengan saiz alang dan kasau yang besar, memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengangkatnya ke atas. Proses mengangkat kayu bersaiz besar menggunakan tali ke atas oleh dua orang tukang, sementara kerangka rumah pula dibina secara bergotong-royong.

Kerja-kerja pembinaannya pula menggunakan peralatan tradisional seperti ketam tangan untuk mengetam kayu, manakala kayu dari hutan ditebang menggunakan beliung dan diketak menggunakan ketak tangan.

Atap asal rumah pula ialah atap genting yang diimport dari Malibar, India melalui Singapura dan dibawa ke Pasir Gajah menerusi Kuala Kemaman dengan menggunakan tongkang, yang mana proses membawa atap itu dikatakan mengambil masa selama dua tahun.

Menelan kos sebanyak RM30,000 ketika itu, Rumah Jambi mempunyai banyak ruang iaitu sorong tamu, beranda kiri, beranda kanan, rumah ibu, rumah bandung, dan sorong dapur. Lebih menarik seni bina rumah ini turut mempunyai pengaruh seni bina Islam, Inggeris, Melayu Johor dan sedikit pengaruh Melayu Terengganu.

MADU KELULUT



Madu dan propolis lebah kelulut yang kami keluarkan bermutu tinggi dan amat berkhasiat kerana lokasi ladang ternakan ini terletak bersebelahan hutan dara di pinggir Bukit Belia Cengal Rendang, Kampung Pasir Gajah, yang diliputi oleh pelbagai jenis tumbuhan liar semulajadi dan tidak terdedah kepada pencemaran alam. Kami juga telah menanam pelbagai jenis tumbuhan pokok buahan, hiasan lanskap dan teduhan yang dapat menambahkan lagi sumber makanna kepada lebah kelulut. Koloni kelulut hidup sendiri dengan menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya pada setiap waktu tanpa perlu diberi makan secara berjadual oleh penternak. Madu dan propolis kelulut ini telah diuji secara saintifik dan terbukti berkualiti tinggi dan mengandungi khasiat yang tinggi.

Bagi menjamin keaslian serta ketulenan madu dan propolis lebah kelulut kami, kerja-kerja penuaian, penyimpanan, pembungkusan dan pengedaran utama dikawal selia dan dilaksanakan sendiri oleh pihak pengurusan Koperasi Warga Pasir Gajah Kemaman Berhad (KOWPAG). Madu dan propolis lebah kelulut kami yang telah siap dibungkus boleh dibeli terus dari ladang ataupun melalui jaringan pengedar sah yang dilantik.

TEMPAT PENETASAN TUNTUNG



Program ini di bawah projek pemuliharaan tuntung sungai hasil kerjasama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Penyu (TCS), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (J3K) Pasir Gajah. Program ini telah dimulakan pada Februari 2011 yang turut mendapat kerjasama masyarakat setempat.

Menurut Pengurus Projek Pemuliharaan Tuntung, Chen Pelf Nyok, kesemua anak tuntung yang dilepaskan sudah ditimbang dan diukur, serta turut dimasukkan mikrocip yang berfungsi sebagai tanda pengenalan. Tempat penetasan ini di bina di hadapan rumah En. Wazil bin Mahat, ketua AJK Penetasan Tuntung J3K. Sejumlah pasir dan pagar telah disediakan di tapak penetasan bagi menempatkan telur tuntung sehingga selesai proses penetasan.



Tempat Makan Yang Menarik

WARONG NOR DI TANAH LOT

Warong Nor yang dibuka pada pukul 200 petang dan berakhir jam 1200 tengah malam. Warung ini menghidangkan pelbagai masakan panas iaitu pelbagai jenis nasi goreng, mee goreng, mee rebus,mi bakso, tom yam dan pelbagai lagi.

Selain itu warung Nor juga menyediakan ABC dan Air jagung selain dari minuman biasa seperti Teh ais, Teh O, Milo ais, milo panas dan pelbagai lagi. Harga yang dikenakan cukup murah dan berpatutan.

Selain itu,pengunjung juga dapat menonton televisyen siaran ASTRO seperti Astro Arena, Astro Ceria, Astro Warna semuanya boleh ditonton. Warung Nor dibantu oleh tiga hingga ke empat orang pembantu. Berkunjunglah ke Warong Nor Di Tanah Lot Pasir Gajah sekiranya anda datang ke kampung ini.


Puan Nor dan pembantu



Homestay


Pada tahun 2011, Kampung Pasir Gajah telah menjadi salah satu homestay atau inap desa di Malaysia. Dua buah chalet telah dibina sebagai penginapan kepada pengunjung yang dating ke Kampung Pasir Gajah. Sewa sebanyak RM60 dikenakan untuk satu malam. Di dalam chalet ini disediakan televisyen, penghawa dingin meja makan dan kerusi rehat. Turut disediakan sebuah katil besar dan sebuah katil kecil.

Kemudahan Awam
Klinik Desa Pasir Gajah
Dewan Orang Ramai Pasir Gajah
Perpustakaan Desa Pasir Gajah
Balai Polis Pasir Gajah
Pendidikan
Tabika Kemas Pasir Gajah



Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah



Kisah Kejayaan
Nama : Nurul Iliani Binti Jalil
Alamat : Kampung Pasir Gajah, 24030 Kemaman, Terengganu.
No. Telefon : 014-5206071
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2016
Facebook : https://web.facebook.com/nurul.iliani.7

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Puan Nurul Iliani merupakan usahawan separuh masa telah menjual makanan sejuk beku seperti popia sata, madu asli dan pakaian. Beliau mula menjalankan perniagaan kecil—kecilan ini pada awal tahun 2017 yang lalu bagi mengisi masa lapang beliau sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan secra perkhidmatan COD (cash on delivery) di mana beliau akan menghantar barang yang dibeli pelanggan kepada pelanggan sekitar daerah Kemaman.
Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM300 sahaja sebulan. Pelanggan beliau hanyalah jiran-jiran terdekat dan kenalan kerana beliau hanya mempromosikan produk jualan melalui mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan yang dilakukan oleh Pusat Internet Pasir Gajah, beliau kini lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan di akaun Facebook milik beliau. Pelanggan beliau kini lebih meningkat apabila beliau juga menawarkan perkhidmatan secara COD dengan kos yang berpatutan. Pendapatan beliau kini mencecah RM500-RM800.




Nama : Nur Elisa Amani
Alamat : No I1 Rumah Murah Kampung Pasir Gajah, Jalan Air Putih, 24050 Kemaman,Terengganu
Umur : 12 tahun
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2015

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Adik Nur Elisa Amani merupakan salah seorang anak penduduk di Pasir Gajah yang berusia 12 tahun dan belajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah. Sejak Pusat Internet dilaksanakan di Kampung Pasir Gajah, beliau merupakan pelanggan tetap dan disebabkan itu beliau menjadi ahli pada tahun 2015 kerana beliau berminat untuk menghadiri kelas latihan ICT secara percuma di Pusat Internet. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk belajar menggunakan computer memandangkan beliau tidak pernah belajar menggunakan komputer waktu itu. Beliau antara salah seorang peserta yang selalu hadir ke kelas ICT yang dijalankan. Beliau sangat berminat untuk mempelajari menggunakan komputer dan melayari internet. Selain itu, beliau sangat teruja kerana dapat mngulangkaji pelajaran menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet. Beliau banyak bertanya sekiranya ada yang beliau tidak tahu dalam menggunakan komputer.Sekarang, beliau mampu untuk membuat kerja sekolah menggunakan Microsoft Office Word ataupun Power Point dan beliau juga tidak loket ilmu untuk mengajar rakan-rakan beliau.
Beliau langsung tidak mengetahui cara menggunakan komputer sebelum ini kerana waktu itu beliau baru berumur 9 tahun dan tidak mempunyai komputer di rumah. Beliau tidak tahu mengenai komponen-komponen komputer yang ada dan juga tidak tahu menggunakan komputer dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan ict yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pasir Gajah, beliau kini telah tahu menggunakan komputer dari sebelum menghadiri kelas ict.Sekarang beliau sudah yakin menggunakan komputer seperti menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Power Point, mengulangkaji pelajaran dan melayari internet. Beliau juga sudah boleh menaip surat dan sekiranya ada kerja sekolah beliau sudah dapat menyiapkan kerja dengan sendiri. Beliau juga sudah pandai untuk menggunakan laman web untuk melayari internet mencari maklumat-maklumat yang diperlukan dan mengulangkaji pelajari melalui laman web Tutor TV.

Keusahawanan
Madu Suci

Usahawan: Koperasi Warga Pasir Gajah Kemaman Berhad (KOWPAG)
Produk yang dikeluarkan: Madu dan propolis lebah kelulut
Blog : madukelulutpasirgajah.blogspot.com
FB : Madu Suci Pasir Gajah
Pihak pengurusan Koperasi Warga Pasir Gajah Kemaman Berhad (KOWPAG) telah mengurus kerja-kerja penuaian, penyimpanan, pembungkusan dan mengawal serta menyelia pengedaran utama Madu Suci ini. Madu dan propolis lebah kelulut yang dikeluarkan bermutu tinggi dan amat berkhasiat kerana lokasi ladang ternakan ini terletak bersebelahan hutan dara di pinggir Bukit Belia Cengal Rendang, Kampung Pasir Gajah yang diliputi oleh pelbagai jenis tumbuhan liar semulajadi dan tidak terdedah kepada pencemaran alam. Madu dan propolis lebah kelulut yang telah siap dibungkus boleh dibeli terus dari ladang ataupun melalui jaringan pengedar sah yang dilantik.

Peserta Kembara Media 1Malaysia 2014 melihat projek madu kelulut yang diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah di Kampung Pasir Gajah, Kemaman. dilantik.



Projek Cili Boh

Usahawan: Puan Hasanah Binti Haji Masnum
Produk yang dikeluarkan: Cili Boh
Projek cili boh ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1990 oleh pengusaha asalnya iaitu Puan Zalihar Binti Yusof. Sekarang projek cili boh ini telah diambil alih oleh Puan Hasanah Binti Haji Masnum dan turut dibantu oleh 4 orang pekerja. Projek ini telah menerima sedikit sumbangan dan peruntukan daripada pihak RISDA pekebun kecil. Pada peringkat permulaan, pihak RISDA telah member sedikit peruntukan dari segi peralatan seperti mesin pemprosesan cili boh,besin,senduk dan sebagainya untuk melancarkan proses penghasilan cili boh ini. Selain itu, pihak RISDA juga telah member peruntukan bahan asas seperti lada kering,garam dan bahan pengawet. Tapak pemprosesan cili boh ini juga, telah mendapat sumbangan daripada pihak RISDA. Pihak RISDA juga telah bekerjasama dengan pihak MARDI, untuk mengadakan pelbagai kursus kepada usahawan-usahawan kecil luar bandar bagi memantapkan lagi produktiviti dan juga hasil jualan usahawan-ushawan kecil luar bandar.
Dari segi produk dan pemasaran cili boh ini, pengusaha telah memasarkan cili boh secara borong kepada pelanggan utama iaitu peruncit yang berada disekitar kampung. Selain itu, pengusaha telah mempelbagaikan jenis pembungkusan kepada pemborong mengikut permintaan pelanggan. Antara pencapaian dan kejayaan projek cili boh ini adalah pernah diprogramkan didalam rancangan ‘Anjung Bestari’ di TV1 yang kini dikenali sebagai program ‘Komuniti 1 Malaysia’ pada tahun 2012. Selain itu, pernah dikunjungi oleh pihak TV3 dari program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ pada awal Mac 2013 lalu. Disamping itu, Sering juga menjadi pusat daya tarikan untuk masyarakat luar seperti ‘Program Anak Angkat’ yang pernah dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar. Akhir sekali, projek cili boh ini juga sering diperkenalkan kepada orang ramai melalui pameran ekspo iaitu aktiviti wajib tahunan yang dianjurkan oleh pihak RISDA.



Projek Kekabu

Usahawan: Puan Hazizun Binti Ab Rahman
Produk yang dikeluarkan: Set Tilam Kekabu
Puan Hazizun Binti Ab Rahman merupakan pengusaha yang Menjual Bantal,Tilam,Set Baby daripada keluaran Kekabu Tempatan. Perusahaan kekabu bermula pada mac 2013 secara kecilan dan promosi perniagaan beliau hanya dari mulut ke mulut penduduk setempat dan juga produk beliau dipamerkan di ekspo-ekspo seperti di karnival usahawan desa yang diadakan pada 2 – 6 september 2015 di Presint 3 Putrajaya. Selain itu, pihak RISDA juga telah memberi peruntukan seperti mesin jahit untuk beliau serta mengadakan pelbagai kursus kepada usahawan-usahawan kecil luar bandar.