Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN REKACIPTA 2015

20 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Rekacipta ini telah dijalankan pada 20 Disember 2015. Pertandingan ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. baca selanjutnya

KREATIF DENGAN LIPATAN ORIGAMI

29 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program Kreatif Dengan Lipatan Origami ini merupakan pertandingan di mana peserta perlu bersaing untuk menghasilkan origami yang telah ditetapkan setelah menonton video origami di Youtube. baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA DAN KUIZ SEMPENA MAAL HIJRAH

10 OKTOBER 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan sempena Sambutan Maal Hijrah di PI1M Pasir Gajah pada 10 Oktober 2015 dan bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang makna sebenar maal hijrah disamping menguji daya kreativiti kanak-kanak mewarna sempena maal hijrah. baca selanjutnya

TEKA SILANG KATA DAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

21 SEPTEMBER 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan pada 21 September 2015. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pengetahuan baru mengenai kompenan-komponen komputer kepada kanak-kanak. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti