Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM ADVOKASI DI TATI TELUK KALONG

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet di kalangan generasi masa kini dan mendidik pelajar mengenai etika dan ciri-ciri keselamatan ketika melayari internet pada masa akan datang....baca selanjutnya

Pemeriksaan Mata Percuma

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2017

Program pemeriksaan mata secara percuma diadakan bagi memberi kemudahan kepada peduduk sekitar PI1M untuk memeriksa mata masing-masing tanpa perlu ke bandar. Ramai penduduk sekitar yang hadir dan tidak melepaskan peluang untuk memeriksa mata secara percuma....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya

Jamuan Sambutan Hari Raya PI1M Pasir Gajah

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2017

Jamuan sempena sambutan hari raya aidilfitri diadakan bagi meraikan hari raya bersama-sama pengguna PI1M Pasir Gajah. Ramai ahli dan bukan ahli yang hadir memeriahkan majlis....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN SEMPENA MENGIMARAKKAN BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Tujuan program ini di adakan adalah bagi mengimarakkan bulan Ramadhan dengan bacaan al-quran seperti bacaan Yassin....baca selanjutnya

MENCIPTA KAD HARI GURU

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memperingati tanggal 16 Mei iaitu Hari Guru. Dengan ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk membalas jasa guru. Contohnya seperti kad ucapan terima kasih untuk guru untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN ONLINE DANA RAYA 2017, PENDAFATRAN PRA SEKOLAH DAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 BAGI SESI 2018/2019

Aktiviti Terkini | 09 April 2017

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan DANA RAYA 2017, Pendaftaran bagi kemasukan PRA Sekolah dan Kemasukan Tahun 1, secara atas talian memandangkan ada yang kurang memahami serta tidak pernah memohon bantuan secara atas talian. Melalui program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Ia juga menjadikan Pusat Internet sebagai satu pusat komuniti dalam membantu golongan luar bandar mencapai kemudahan internet tanpa batas serta dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA DENGAN AHLI PI1M PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 08 April 2017

Tujuan program ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk setempat terutamanya dengan ahli-ahli Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Gajah...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PETA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kedudukan negeri-negeri yang terdapadat di Malaysia disamping dapat mengenal jenis-jenis bendera dan warna dinegeri-negeri yang ada di Malaysia justreu dapat menggeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli PI1M serta membentuk persaingan sihat antara peserta disamping menguji kepantasan setiap peserta. Peserta yang paling cepat menlengkapkan peta Malaysia dikira pemenang berdasarkan ketepatan agihan negeri dalam peta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Tujuan program ini di adakan adalah untuk menggeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli PI1M serta membentuk persaingan sihat antara peserta disamping menguji kepantasan setiap peserta. Peserta yang paling cepat menyelesaikan aktiviti puzzle ini dikira sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga...baca selanjutnya

Program Advokasi di Tabika Tok Kapur

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan ini adalah mendedahkan pelajar dengan aplikasi pembelajaran atas talian dan memperkenalkan fungsi-fungsi setiap peralatan komputer kepada pelajar tabika justeru menarik minat pelajar untuk datang ke PI1M. Ianya juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat....baca selanjutnya

Gotong-royong di PI1M

Aktiviti Terkini | 06 Januari 2017

Tujuan program ini di adakan adalah untuk membersihkan PI1M sempena menyambut tahun baru. Selain itu, ahli atau bukan ahli PI1M juga turut dapat mengeratkan silaturahim sesame mereka dan memberi kesedaran untuk sama menjaga kebersihan PI1M pada masa akan datang....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti